Kita merancang dan melaksanakan apa yang terbaik untuk mencapai matlamat. Sedaya-upaya kita berusaha untuk memenangkan calon kita, Wan Salwati Haji Abdullah dengan hasrat untuk mewakili kita di DUN Sikamat ini. Dialah yang kita harapkan untuk menjadi jambatan penghubung masyarakat setempat dengan pihak-pihak pelaksana dasar. Bagaimanapun ALLAH SAHAJA YANG MAHA MENGETAHUI!
Ahad, 5 Mei 2013
Jumaat, 3 Mei 2013
Pesara Jangan Malu Tunjukkan Sokongan
![]() |
"Jangan malu," Dato' Seri Abd. Rahman Hamid |
![]() |
"Barisan Nasional perlu dipertahankan," Sharif Ahmad |
![]() |
Antara hadirin yang turut hadir |
Mantan Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato' Seri Abd. Rahman Hamid berkata berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi sewaktu bertugas dahulu, ia boleh dimanfaatkan kepada orang ramai dengan memberi peluang kepada pengundi membuat pilihan bijak.
"Walaupun kita pernah berada dalam kedudukan tertinggi sewaktu bertugas, kita jangan malu untuk menyatakan secara jelas sokongan kita kepada Barisan Nasional.
"Mengapa perlu malu! Kita banyak terhutang budi kepada kerajaan Barisan Nasional yang menyediakan pelbagai kemudahan sejak kita berada di alam persekolahan sehinggalah bersara," tegasnya.
"Saya sendiri anak ulu kampung Sungai Muar. Kalau tidak adalah biasiswa dan sebagainya, saya mungkin sama seperti rakan-rakan lain yang kelihatan terlalu tua berbanding umurnya sewaktu saya temui baru-baru ini.
"Bayangkan! Saya membahasakan dirinya makcik sewaktu ditegur oleh seorang wanita ketika balik kampung baru-baru ini.
"Ingat saya lagi tak?," tanya wanita itu.
"Dalam suasana terkial-kial untuk mengingatinya, saya memanggilnya makcik sedangkan wanita itu adalah rakan sekelas saya," katanya yang disambut dengan ketawa.
Dato' Seri Abd. Rahman turut berceramah di majlis anjuran UMNO cawangan Paroi Jaya di Jalan Kedidi 3 malam tadi. Turut berceramah mantan pegawai pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Sharif Ahmad.
Setianya Haji Mohd Ali Hasbullah
![]() |
Haji Mohd Ali (tiga dari kiri) bersama calon |
Menariknya majlis yang diadakan agak `mewah' itu menggunakan bajetnya sendiri tanpa bergantung kepada parti.
![]() |
Wan Salwati memperkenalkan dirinya |
"Saya merasa bertanggungjawab untuk memperkenalkan calon BN kepada masyarakat setempat supaya mereka tahu siapa wakil mereka. Pada masa yang sama, saya juga meminta calon untuk datang lagi untuk menjenguk kami setelah menang," kata Haji Mohd Ali yang kini menjalankan perniagaan satey di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Suami Wan Salwati Sedia Hadapi Cabaran Baharu
![]() |
Ahmad Ridwan ketika disapa mantan Exco Kerajaan Negeri, Dato' Hajah Dermataksiah Abdul Jalil |
Beliau yang mengaku turut mendengar beberapa tuduhan yang tidak enak didengar mengenai hubungannya sebagai suami-isteri dalam tempoh berkempen ini, Ahmad Ridwan menganggapnya sesuatu yang lumrah dalam dunia politik.
"Biasalah tu," kata pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar ini ketika ditemui di rumah Haji Mohd Ali Hasbullah malam tadi.
Bertuah kerana turut terdedah secara langsung dalam lapangan latihan dan kepemimpinan, dakyah dan umpat-keji adalah sesuatu yang biasa baginya.
"Selain bertugas di IPG, saya juga terbabit dalam program-program Biro Tatanegara (BTN). Malah saya mengenali Wan Salwati di program BTN," kata ayah kepada lima cahayamata ini.
Kehadiran Ahmad Ridwan turut membawa kelebihan kepada Wan Salwati kerana tempat bertugasnya berada di DUN Sikamat.
Bagaimanapun seperti biasa, Wan Salwati tetap berpendirian kehadirannya sebagai calon bukan mewakili dirinya atau keluarga tetapi mewakili hasrat parti yang diwakilinya, Barisan Nasional.
"Saya hanya jambatan penghubung antara tuan-tuan dengan kerajaan. Berilah kepercayaan sepenuh kepada Barisan Nasional," tegasnya.
Rabu, 1 Mei 2013
Tolong Mereka Sekali: Boleh Minta Tolong Berkali-kali
"Tolong mereka kali ini. Sekali sahaja. Lepas ni kita boleh minta mereka tolong berkali-kali," begitulah pinta Ketua Penerangan PERKASA Kebangsaan, Haji Roslan Kassim sewaktu berceramah membantu calon Parlimen Seremban dan DUN Sikamat di PDM Paroi Jaya malam tadi.
"Kalau kita telah melakukan kesilapan kerana mengetepikan calon Barisan Nasional pada kedua-dua kerusi ini dalam PRU Ke-12, kali ini kita kembalilah ke pangkal jalan," tegasnya.
Menurut Roslan, kedua-dua calon ini lebih baik jika dibandingkan dengan pesaingnya.
"Saya telah kenal Wan Salwati sejak awal 90-an lagi. Saya juga kenal ayah dan ibunya. Wan Salwati mempunyai keperibadian kukuh sama ada dalam aspek keagamaan atau kepemimpinan.
"Dia terdedah dengan aktiviti NGO sejak muda dan terus bergerak aktif sama ada dalam pertubuhan politik atau belia," tegasnya.
"Dalam tubuh Wan Salwati mengalir darah pejuang hasil didikan ayah dan ibunya yang juga bergerak aktif dalam pelbagai pertubuhan sukarela.
Mengenai Parti Keadilan Rakyat, Roslan berkata beliau turut mengasaskan pasti itu dan menyifatkan tempoh lima tahun bersama parti itu adalah sia-sia.
"Kalau kita telah melakukan kesilapan kerana mengetepikan calon Barisan Nasional pada kedua-dua kerusi ini dalam PRU Ke-12, kali ini kita kembalilah ke pangkal jalan," tegasnya.
Menurut Roslan, kedua-dua calon ini lebih baik jika dibandingkan dengan pesaingnya.
"Saya telah kenal Wan Salwati sejak awal 90-an lagi. Saya juga kenal ayah dan ibunya. Wan Salwati mempunyai keperibadian kukuh sama ada dalam aspek keagamaan atau kepemimpinan.
"Dia terdedah dengan aktiviti NGO sejak muda dan terus bergerak aktif sama ada dalam pertubuhan politik atau belia," tegasnya.
"Dalam tubuh Wan Salwati mengalir darah pejuang hasil didikan ayah dan ibunya yang juga bergerak aktif dalam pelbagai pertubuhan sukarela.
Mengenai Parti Keadilan Rakyat, Roslan berkata beliau turut mengasaskan pasti itu dan menyifatkan tempoh lima tahun bersama parti itu adalah sia-sia.
Harmoni dan Berkasih-Sayang
Calon BN Parlimen Seremban, Dr. Yeow Chai Thiam akan terus berusaha mewujudkan masyarakat harmoni dan berkasih-sayang sekiranya diberi kepercayaan oleh pengundi dalam PRU Ke-13 ini.
"Sejak lama saya percaya Malaysia hanya boleh menjadi negara maju dan disegani sekiranya rasa selamat dan harmoni wujud dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan agama ini," katanya di PDM Paroi Jaya malam tadi.
Dr. Yeow, pengasas Hospital Mawar telah berjaya membuktikan sikap prihatinnya itu apabila mengambil inisiatif memperjuangkan nasib penyakit buah pinggang dengan menyediakan kemudahan himodelisis.
Tiga Keutamaan Untuk Paroi Jaya
Calon Barisan Nasional DUN Sikamat, Wan Salwati Haji Abdullah telah mengenalpasti tiga perkara utama yang diperlukan oleh pengundi Taman Paroi Jaya, Taman Pinggiran Golf, Taman PJ Perdana dan kawasan sekitarnya.
"Pertamanya Dewan Orang Ramai di kawasan masjid, memagar padang di Jalan Nuri dan ketiganya lampu jalan yang lebih terang.
"Insya-Allah, ketiga-tiga perkara ini ada dalam pengetahuan saya dan akan diambil tindakan sekiranya diberi kepercayaan nanti," katanya kepada pengundi di PDM Paroi Jaya malam tadi.
Seperti biasa, beliau menegaskan nama Wan Salwati tidak penting. " Apa yang lebih utama, Barisan Nasional yang saya wakili perlu diberi mandat untuk terus memperjuangkan kebajikan rakyat," tegasnya.
"Pertamanya Dewan Orang Ramai di kawasan masjid, memagar padang di Jalan Nuri dan ketiganya lampu jalan yang lebih terang.
"Insya-Allah, ketiga-tiga perkara ini ada dalam pengetahuan saya dan akan diambil tindakan sekiranya diberi kepercayaan nanti," katanya kepada pengundi di PDM Paroi Jaya malam tadi.
Seperti biasa, beliau menegaskan nama Wan Salwati tidak penting. " Apa yang lebih utama, Barisan Nasional yang saya wakili perlu diberi mandat untuk terus memperjuangkan kebajikan rakyat," tegasnya.
Tentukan Niat: Ustaz Mohd Fadzilah
![]() |
Ustaz Mohd Fadzilah (kiri) bersama Haji Mohamad Sidik, Pengerusi PDM |
"Masa berjam-jam sehari kita habiskan untuk kerja-kerja parti akan sia-sia sekiranya niat tidak betul," katanya sewaktu diundang berceramah di PDM Paroi Jaya malam tadi.
"Kalau kita kejar akhirat, dunia akan mengikut tapi kalau kita kejar dunia semata-mata, segalanya akan sia-sia," tegasnya.
Bercakap atas tajuk `Rahsiah Istighfar', Ustaz Mohd Fadzilah berkata ruang kosong yang ada perlu dimanfaatkan untuk memohon maaf atas kesilapan dan kealfaan yang telah dilakukan dengan melafazkan Istigfar.
"Dan antara rahsiah untuk menjadi ahli syurga, elakkan sama sekali bersangka buruk dengan sesiapa," tegasnya.
Selasa, 30 April 2013
Wakil Rakyat Itu Kuli Rakyat: Wan Salwati
Suatu ketika dahulu apabila ada penceramah atau peserta seminar yang menyatakan `Wakil Rakyat Itu Kuli Rakyat' ramai yang menganggap kata-kata itu agak kurang sopan atau keterlaluan.
Bagaimanapun masa berubah. Rakyat Malaysia khususnya pemimpin generasi muda semakin berpijak di bumi nyata,
"Hari ini jawatan Wakil Rakyat bukan lagi jawatan yang menuntut penghormatan rakyat tetapi perlu menjadi kuli kepada rakyat," begitu ditegaskan calon DUN Sikamat, Wan Salwati Haji Abdullah pada majlis memperkenalkan diri di Taman Pinggiran Golf petang tadi.
"Sebagai kuli rakyat, kita perlu menjadi penghubung mereka dengan pihak-pihak yang berkaitan. Setelah dipilih bermakna kita telah diberi amanah untuk menjaga kebajikan mereka," katanya lagi.
Majlis turut dihadiri dua mantan Exco Kerajaan Negeri, Dato' Haji Ismail Kamat dan Dato' Hajah Dermaktaksiah Abdul Jalil.
Sabtu, 27 April 2013
Mendekati Pengundi di Pasar Tani
Peniaga dan pengunjung Pasar Tani Taman Paroi Jaya memberi reaksi positif sewaktu didekati calon DUN Sikamat, Wan Salwati Haji Abdullah dan calon Parlimen Seremban, Dr. Yeow Chai Tiam pagi ini.
Selain senyuman manis dan sambutan mesra diberikan, kedua-dua calon ini nampaknya turut dikenali oleh sebahagian daripada mereka.
"Oh! Datuk! Saya sudah kenal lama Datuk. Nanti selalu-selalulah tengok kami di sini," kata salah seorang peniaga ketika didekati Datuk Yeow.
Bagi Wan Salwati pula, oleh kerana Allahyarham datuknya adalah penduduk Taman Paroi Jaya, dia mudah dikenali oleh sebahagian penduduk setempat.
Minum Pagi Bersama Calon
![]() |
Calon DUN Sikamat, Wan Salwati memperkenalkan diri |
![]() |
Calon Parlimen Seremban. Dr. Yeow Chai Tiam |
![]() |
Antara penduduk yang akan memastikan DUN Sikamat kembali ke pangkuan BN |
![]() |
Dalam kesibukan, kedua-dua calon sempat mendekati pengundi |
Majlis itu diadakan bagi memperkenalkan calon DUN Sikamat, Wan Salwati Haji Abdullah dan calon Parlimen Seremban, Dr. Yeow Chai Tiam.
Berdasarkan sambutan baik yang diberikan, Pengerusi PDM Paroi Jaya, Haji Mohamad Sidik Maamor yakin majoriti yang diperolehi daripada Pusat Mengundi Paroi Jaya dapat ditingkatkan daripada PRU Ke-12 lalu.
"Saya yakin kita akan dapat lebih 117 undi majoriti seperti yang berlaku pada tahun 2008 yang lalu," katanya.
Setiausaha PDM Paroi Jaya, Haji Abd. Khalid Mohamad yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini juga dapat melihat perubahan sikap pengundi kali ini.
Wan Salwati itu adalah anak Abdullah Awang Embun

Haji Abdullah yang ditemui di majlis Minum Pagi Bersama Calon DUN Sikamat dan Parlimen Seremban di Bilik Gerakan BN di Jalan Kedidi 3, Taman Paroi Jaya pagi tadi menjelaskan beliau tidak dapat bersama-sama sewaktu hari penamaan calon tempoh hari kerana beliau adalah penyokong calon BN DUN Bayan, Kedah.
"Setelah bersara pada tahun 2004 saya balik ke kampung asal di Kampung Dalam Buang, Kedah dan pada tahun 2008 isteri meninggal dunia. Sejak itu saya terus menetap di Kedah," katanya.
Bagaimanapun bagi membantu anaknya berkempen, Haji Abdullah kini tinggal di rumah lamanya di Jiboi.
Jumaat, 26 April 2013
Wanita dan Puteri Bagai Ibu dan Anak: Bukannya Madu!
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil meminta ahli-ahlinya turut memberi sokongan padu kepada calon daripada Puteri UMNO kerana sebagai orang yang lebih dewasa, calon kalangan Puteri perlukan bimbingan dan sokongan.
"Wanita dan Puteri bagaikan ibu dan anak; bukannya madu untuk dijadikan saingan," katanya sewaktu sempat singgah di PDM Paroi Jaya petang tadi.
"Sebagai ibu, sewajarnya kita memberi tunjuk ajar. Kejayaan anak adalah kejayaan ibu juga," katanya.
Sebagai bukti sokongannya kata Shahrizat, beliau sempat bertemu beberapa calon Puteri UMNO yang diberikan kepercayaan bertanding kali ini untuk menyatakan sokongan secara peribadi.
"Bagi pengundi DUN Sikamat, tuan-puan bertuah kerana Wan Salwati ada pakej yang agak lengkap sebagai calon - masih muda, ada rupa, punya kebolehan berpidato dan sejak muda terbabit dalam pertubuhan sukarela," katanya.
Turut hadir dalam majlis itu Raja Datin Seri Salbiah Megat Nujumudin, isteri Menteri Besar, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Seremban dan Rasah dan kepimpinan Wanita UMNO sekitar Seremban.
"Wanita dan Puteri bagaikan ibu dan anak; bukannya madu untuk dijadikan saingan," katanya sewaktu sempat singgah di PDM Paroi Jaya petang tadi.

Sebagai bukti sokongannya kata Shahrizat, beliau sempat bertemu beberapa calon Puteri UMNO yang diberikan kepercayaan bertanding kali ini untuk menyatakan sokongan secara peribadi.
"Bagi pengundi DUN Sikamat, tuan-puan bertuah kerana Wan Salwati ada pakej yang agak lengkap sebagai calon - masih muda, ada rupa, punya kebolehan berpidato dan sejak muda terbabit dalam pertubuhan sukarela," katanya.
Turut hadir dalam majlis itu Raja Datin Seri Salbiah Megat Nujumudin, isteri Menteri Besar, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Seremban dan Rasah dan kepimpinan Wanita UMNO sekitar Seremban.
Rabu, 24 April 2013
Mendekati Penduduk Paroi Jaya dan Pinggiran Golf
Walaupun baharu lima hari tempoh berkempen, calon DUN Sikamat Wan Salwati Haji Abdullah berpeluang mendekati pengundi Taman Paroi Jaya, Taman Pinggiran Golf, Taman PJ Perdana dan kawasan sekitarnya melalui pelbagai program.
Pada malam sebelum hari penamaan calon lagi, Wan Salwati berpeluang memperkenalkan dirinya di Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Anugerah Cemerlang Pelajar diikuti pertemuan dengan jawatankuasa penggerak PDM Paroi Jaya di samping kunjungan ke rumah penduduk.
Selepas solat zohor semalam, Wan Salwati yang ditemani Haji Mohamad Sidik dan jawatankuasa sempat berkunjung ke rumah kira-kira 50 penduduk Taman Pinggiran Golf.
Pada masa yang sama poster dan bunting Wan Salwati mula kelihatan di merata-rata tempat di kawasan perumahan yang membabitkan kira-kira 5,000 pengundi ini.
Pada malam sebelum hari penamaan calon lagi, Wan Salwati berpeluang memperkenalkan dirinya di Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Anugerah Cemerlang Pelajar diikuti pertemuan dengan jawatankuasa penggerak PDM Paroi Jaya di samping kunjungan ke rumah penduduk.
Selepas solat zohor semalam, Wan Salwati yang ditemani Haji Mohamad Sidik dan jawatankuasa sempat berkunjung ke rumah kira-kira 50 penduduk Taman Pinggiran Golf.
Pada masa yang sama poster dan bunting Wan Salwati mula kelihatan di merata-rata tempat di kawasan perumahan yang membabitkan kira-kira 5,000 pengundi ini.
Wan Salwati di PDM Paroi Jaya
Dalam kesibukan, calon DUN Sikamat Wan Salwati Haji Abdullah sempat berkunjung sekali lagi ke PDM Paroi Jaya di Jalan Cenderawasih 1, malam tadi.
Kali ini beliau menyertai Majlis Silaturrahim dan Kenali Calon Anda anjuran PDM berkenaan.
Majlis ini turut dihadiri bekas Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Ampangan, Datuk Haji Zakaria Nordin. Beliau meminta penduduk setempat memberi sokongan padu kepada Wan Salwati.
Jawatankuasa PDM Paroi Jaya Bersama-sama Calon
Sebelum mendekati rakyat, calon Parlimen Seremban Dr. Yeow Chai Thiam dan calon DUN Sikamat, Wan Salwati Haji Abdullah sempat berkenalan lebih dekat dengan Jawatankuasa PDM Paroi Jaya di rumah pengerusinya Haji Mohamad Sidik Maamor malam kelmarin.
Haji Mohamad Sidik juga diberi penghormatan sebagai wakil calon kepada Wan Salwati sewaktu majlis penamaan calon tempohari.
Pertemuan ini membolehkan jawatankuasa mengenal latar belakang mereka sebelum bergerak aktif untuk berkempen di kawasan perumahan yang membabitkan Taman Paroi Jaya, Taman Pinggiran Golf, Taman PJ Perdana dan kawasan persekitarannya.
Beberapa program dan tindakan telah diatur bagi memastikan calon benar-benar dikenali oleh pengundi.
Jumaat, 19 April 2013
Senarai Penuh Calon PRU 13 - Negeri Sembilan
P.126 Jelebu
Haji Zainudin Bin Ismail (BN)
Aiman Athirah Al-Jundi (PAS)
DUN : N.01 - Chennah
Siow Foo Weng (BN)
Loke Siew Fook (DAP)
DUN : N.02 - Pertang
Dato' Hj Jallaluddin Bin Alias (BN)
Muhammad Syamwill B Mertadza (PKR)
DUN : N.03 - Sungai Lui
Mohd Razi Bin Mohd Ali (BN)
Nor Anif Selamat (PAS)
DUN : N.04 - Klawang
Dato' Mohd Yunus Bin Rahmat (BN)
Dr.Rosli Yaakop (PAS)
P.127 Jempol
Dato'Seri Utama Tan Sri Hj Mohd Isa bin Dato' Hj Abd Samad (BN)
Aiman Athirah Al-Jundi (PAS)
DUN : N.01 - Chennah
Siow Foo Weng (BN)
Loke Siew Fook (DAP)
DUN : N.02 - Pertang
Dato' Hj Jallaluddin Bin Alias (BN)
Muhammad Syamwill B Mertadza (PKR)
DUN : N.03 - Sungai Lui
Mohd Razi Bin Mohd Ali (BN)
Nor Anif Selamat (PAS)
DUN : N.04 - Klawang
Dato' Mohd Yunus Bin Rahmat (BN)
Dr.Rosli Yaakop (PAS)
P.127 Jempol
Dato'Seri Utama Tan Sri Hj Mohd Isa bin Dato' Hj Abd Samad (BN)
Wan Aishah Wan Ariffin (PAS)
DUN : N.05 - Serting
Dato' Shamsulkahar bin Mohd Deli (BN)
Abdul Rahman Ramli (PAS)
DUN : N.06 - Palong
Dato'Hj Lilah Hj Mohd Yassin (BN)
Rebin Bin Birham (PKR)
DUN : N.07 - Jeram Padang
Manickam A/L Letchumanan (BN)
T Kumar A/L Thuraisingam (PKR)
Zailani Zakaria (BEBAS)
Mazavan (BEBAS)
DUN : N.08 - Bahau
Yee Mee Faa (BN)
Chew Seh Yong (DAP)
DUN : N.05 - Serting
Dato' Shamsulkahar bin Mohd Deli (BN)
Abdul Rahman Ramli (PAS)
DUN : N.06 - Palong
Dato'Hj Lilah Hj Mohd Yassin (BN)
Rebin Bin Birham (PKR)
DUN : N.07 - Jeram Padang
Manickam A/L Letchumanan (BN)
T Kumar A/L Thuraisingam (PKR)
Zailani Zakaria (BEBAS)
Mazavan (BEBAS)
DUN : N.08 - Bahau
Yee Mee Faa (BN)
Chew Seh Yong (DAP)
P.128 Seremban
Dato' Dr Yeow Chai Thiam (BN)
Loke Siew Fook (DAP)
John Fernandez (BEBAS)
Abd Halim Abdullah (BERJASA)
Ujang Bin Abu (BEBAS)
DUN : N.09 - Lenggeng
Dato' Hj Ishak Bin Ismail (BN)
Zulkefly Bin Mohd Omar (PAS)
Zulkifli Bin Abdullah (BEBAS)
DUN : N.10 - Nilai
Gan Chee Biow (BN)
Arul Kumar (DAP)
S.Rajasheger (BEBAS)
Kapten (B) Ahmad Kamarulzaman Bin Abu (BEBAS)
DUN : N.11 - Lobak
Titan Ho Kok Yew (BN)
Siow Kim Leong (DAP)
DUN : N.12 - Temiang
Jason Lee Chee Keong (BN)
Ng Chin Tsai (DAP)
DUN : N.13 - Sikamat
Wan Salwati Binti Hj Abdullah (BN)
Hj Aminuddin Bin Harun (PKR)
DUN : N.14 - Ampangan
Hj Abu Ubaidah Bin Dato' Hj Mohd Redza (BN)
Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (PKR)
Dato' Dr Yeow Chai Thiam (BN)
Loke Siew Fook (DAP)
John Fernandez (BEBAS)
Abd Halim Abdullah (BERJASA)
Ujang Bin Abu (BEBAS)
DUN : N.09 - Lenggeng
Dato' Hj Ishak Bin Ismail (BN)
Zulkefly Bin Mohd Omar (PAS)
Zulkifli Bin Abdullah (BEBAS)
DUN : N.10 - Nilai
Gan Chee Biow (BN)
Arul Kumar (DAP)
S.Rajasheger (BEBAS)
Kapten (B) Ahmad Kamarulzaman Bin Abu (BEBAS)
DUN : N.11 - Lobak
Titan Ho Kok Yew (BN)
Siow Kim Leong (DAP)
DUN : N.12 - Temiang
Jason Lee Chee Keong (BN)
Ng Chin Tsai (DAP)
DUN : N.13 - Sikamat
Wan Salwati Binti Hj Abdullah (BN)
Hj Aminuddin Bin Harun (PKR)
DUN : N.14 - Ampangan
Hj Abu Ubaidah Bin Dato' Hj Mohd Redza (BN)
Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (PKR)
P.129 Kuala Pilah
Dato'Haji Hassan bin Malek (BN)
Dato'Haji Hassan bin Malek (BN)
Mohd Nazree Bin Mohd Yunus (PKR)
DUN : N.15 - Juasseh
Dato' Hj Mohd Razi Bin Hj Kail (BN)
Hj.Rosli bin Hj Omar (PKR)
DUN : N.16 - Seri Menanti
Dato' Hj Abd Samad bin Ibrahim (BN)
Tengku Zamrah Bt Tengku Sulaiman (PKR)
Md.Ali bin Mustafa (BEBAS)
DUN : N.17 - Senaling
Dato' Hj. Ismail Bin Lasim (BN)
Zaharudin Othman (PAS)
DUN : N.18 - Pilah
Dato'Norhayati Binti Omar (BN)
Mohamad Nazaruddin Bin Sabtu (PKR)
DUN : N.19 - Johol
Abu Samah Mahat (BN)
Ustaz Norazman Mohamad (PAS)
DUN : N.15 - Juasseh
Dato' Hj Mohd Razi Bin Hj Kail (BN)
Hj.Rosli bin Hj Omar (PKR)
DUN : N.16 - Seri Menanti
Dato' Hj Abd Samad bin Ibrahim (BN)
Tengku Zamrah Bt Tengku Sulaiman (PKR)
Md.Ali bin Mustafa (BEBAS)
DUN : N.17 - Senaling
Dato' Hj. Ismail Bin Lasim (BN)
Zaharudin Othman (PAS)
DUN : N.18 - Pilah
Dato'Norhayati Binti Omar (BN)
Mohamad Nazaruddin Bin Sabtu (PKR)
DUN : N.19 - Johol
Abu Samah Mahat (BN)
Ustaz Norazman Mohamad (PAS)
P.130 Rasah
Teo Eng Kian (BN)
Teo Kok Seong (DAP)
DUN : N.20 - Labu
Dato' Hj Hasim Bin Rusdi (BN)
Mohd Khairil Anuar Bin Mohd Wafa (PAS)
DUN : N.21 - Bukit Kepayang
Wong Oii Song (BN)
Cha Kee Chin (DAP)
Vijyyan A/L Sivanathan (BEBAS)
DUN : N.22 - Rahang
Julia Wong Pik Min (BN)
Mary Josephine Pritam Singh (DAP)
DUN : N.23 - Mambau
Dato' Yew Chok Tau (BN)
Yap Yew Wei (DAP)
DUN : N.24 - Senawang
David Choong Wee Hing (BN)
Gunasekaran A/L Palasamy (DAP)
Kartigesan A/L Samugan (BEBAS)
Teo Kok Seong (DAP)
DUN : N.20 - Labu
Dato' Hj Hasim Bin Rusdi (BN)
Mohd Khairil Anuar Bin Mohd Wafa (PAS)
DUN : N.21 - Bukit Kepayang
Wong Oii Song (BN)
Cha Kee Chin (DAP)
Vijyyan A/L Sivanathan (BEBAS)
DUN : N.22 - Rahang
Julia Wong Pik Min (BN)
Mary Josephine Pritam Singh (DAP)
DUN : N.23 - Mambau
Dato' Yew Chok Tau (BN)
Yap Yew Wei (DAP)
DUN : N.24 - Senawang
David Choong Wee Hing (BN)
Gunasekaran A/L Palasamy (DAP)
Kartigesan A/L Samugan (BEBAS)
P.131 Rembau
Khairy Jamaludin (BN)
Khairy Jamaludin (BN)
Radzali Bin A.Ghani ( PKR)
Abdul Aziz Bin Hassan (BEBAS)
DUN : N.25 - Paroi
Mohd Ghazali Bin Abd Wahid (BN)
Mohamad Taufek Bin Abd Ghani (PAS)
DUN : N.26 - Chembong
Dato' Zaifulbahri Bin Idris (BN)
Kamarol Ridzuan Mohd ZAin (PAS)
DUN : N.27 - Rantau
Dato'Seri Utama Hj Mohamad Hj Hassan (BN)
Aisah bt Lamsah (PKR)
DUN : N.28 - Kota
Dato' Dr. Awaludin Bin Said (BN)
Ghazali Mohd Shom (PAS)
Abdul Aziz Bin Hassan (BEBAS)
DUN : N.25 - Paroi
Mohd Ghazali Bin Abd Wahid (BN)
Mohamad Taufek Bin Abd Ghani (PAS)
DUN : N.26 - Chembong
Dato' Zaifulbahri Bin Idris (BN)
Kamarol Ridzuan Mohd ZAin (PAS)
DUN : N.27 - Rantau
Dato'Seri Utama Hj Mohamad Hj Hassan (BN)
Aisah bt Lamsah (PKR)
DUN : N.28 - Kota
Dato' Dr. Awaludin Bin Said (BN)
Ghazali Mohd Shom (PAS)
P.132 Telok Kemang
Dato' VS Mogan A/L Velayaphan (BN)
Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (PKR)
Dato' A.K. Kumaravel (BEBAS)
DUN : N.29 - Chuah
Dato' Seri Dr Lim Chin FUi (BN)
Chai Tong Chai (PKR)
DUN : N.30 - Lukut
Yeong Seng Wong (BN)
Ean Yong Tin Sin (DAP)
DUN : N.31 - Bagan Pinang
Tun Hairudin Abu Bakar (BN)
Ramli Bin Ismail (PAS)
DUN : N.32 - Linggi
Hj Abdul Rahman Bin Mohd Redza (BN)
Rosman Bin Jonet (PKR)
DUN : N.33 - Port Dickson
Dr. Panaletchumy A/P Palanisamy (BN)
Daniel A/L Saimon (BEBAS)
Ravi A/L Munusamy (PKR)
Dato' VS Mogan A/L Velayaphan (BN)
Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (PKR)
Dato' A.K. Kumaravel (BEBAS)
DUN : N.29 - Chuah
Dato' Seri Dr Lim Chin FUi (BN)
Chai Tong Chai (PKR)
DUN : N.30 - Lukut
Yeong Seng Wong (BN)
Ean Yong Tin Sin (DAP)
DUN : N.31 - Bagan Pinang
Tun Hairudin Abu Bakar (BN)
Ramli Bin Ismail (PAS)
DUN : N.32 - Linggi
Hj Abdul Rahman Bin Mohd Redza (BN)
Rosman Bin Jonet (PKR)
DUN : N.33 - Port Dickson
Dr. Panaletchumy A/P Palanisamy (BN)
Daniel A/L Saimon (BEBAS)
Ravi A/L Munusamy (PKR)
P.133 Tampin
Dato' Seri Haji Shaziman Bin Haji Abu Mansor (BN)
Abd Razakek Bin Abdul Rahman (PAS)
DUN : N.34 - Gemas
Abdul Razak Bin Abdul Said (BN)
Karip Bin Mohd Salleh (PKR)
DUN : N.35 - Gemencheh
Mohd Isam Bin Mohd Isa (BN)
Mohd Nor Bin Yassin (PAS)
DUN : N.36 - Repah
Yap Seong Fook (BN)
S.Veerapan A/L Supermaniam (DAP)
Fadzil Bin Abu Bakar (BEBAS)
Dato' Seri Haji Shaziman Bin Haji Abu Mansor (BN)
Abd Razakek Bin Abdul Rahman (PAS)
DUN : N.34 - Gemas
Abdul Razak Bin Abdul Said (BN)
Karip Bin Mohd Salleh (PKR)
DUN : N.35 - Gemencheh
Mohd Isam Bin Mohd Isa (BN)
Mohd Nor Bin Yassin (PAS)
DUN : N.36 - Repah
Yap Seong Fook (BN)
S.Veerapan A/L Supermaniam (DAP)
Fadzil Bin Abu Bakar (BEBAS)
Wan Salwati: Sejak kecil terbabit dengan aktiviti sukarela
Sewaktu turut hadir ke majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Penghargaan Pelajar Cemerlang di padang awam Taman Paroi Jaya malam tadi, calon DUN Sikamat, Wan Salwati Haji Abdullah sempat berbual mesra dengan bekas Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Haji Abdul Aziz Osman.
Haji Abdul Aziz yang juga salah seorang ahli jawatankuasa PDM Paroi Jaya sempat pula mengingatkan kisah lalunya. "Wan ni sejak zaman kanak-kanak lagi sering terlibat dengan program-program jabatan. Selain acara kesenian, bapanya Abdullah Awang Embun sering juga membawanya sewaktu terlibat dengan kegiatan kami,' katanya.
Haji Abdul Aziz yang juga salah seorang ahli jawatankuasa PDM Paroi Jaya sempat pula mengingatkan kisah lalunya. "Wan ni sejak zaman kanak-kanak lagi sering terlibat dengan program-program jabatan. Selain acara kesenian, bapanya Abdullah Awang Embun sering juga membawanya sewaktu terlibat dengan kegiatan kami,' katanya.
Pelajar cemerlang Paroi Jaya dihargai
Seramai 247 pelajar dari Sekolah Kebangsaaan Taman Paroi Jaya dan
Sekolah Menengah Pendeta Za’ba menerima komputer riba pada Majlis Ramah Mesra
dan Penghargaan Pelajar-pelajar Cemerlang di Padang Awam Taman Paroi Jaya malam
tadi (19 April 2013).
Komputer itu
disumbangkan Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Haji Ishak Ismail sebagai
tanda penghargaan kepada pelajar-pelajar yang mencipta pelbagai kecemerlangan.
![]() |
Penduduk Paroi Jaya dan sekitar memberi sokongan |
“Sebagai
anak kampung yang miskin, saya memahami hanya dengan pelajaran seseorang itu
boleh mengubah kehidupan. Dalam aspek inilah UMNO membuat sumbangan besar
melalui perjuangannya. Biasiswa dan pelbagai kemudahan disediakan kepada yang
tidak berkemampuan,” katanya.
Turut hadir
pada majlis itu ialah calon PRU Ke-13 DUN Sikamat, Wan Salwati Haji Abdullah
yang turut diminta memperkenalkan dirinya kepada penduduk setempat.
![]() |
Adam dan Nen |
Majlis yang
berakhir pada kira-kira jam 12.00 tengah malam itu turut dihiburkan penyanyi
60-an, J. Sham, Penyampai Radio Malaysia Negeri Sembilan Adam dan Nen.
![]() |
J. Sham masih bertenaga |
Siapa Wan Salwati Haji Abdullah?
![]() |
Bersama ayah... Haji Abdullah Awang Embun |
Wan
Salwati Abdullah lahir pada 19 Mei 1974
di Kampung Jiboi, Ampangan. Beliau merupakan anak sulung daripada empat beradik
pasangan penggerak belia dan budaya, Abdullah Awang Embun dan Norhayati Abdul
Rahman.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan KGV, beliau kemudiannya ke Sekolah Menengah Agama Ampangan, Sekolah
Tunku Ampuan Durah sehingga memperoleh ijazah daripada Universiti Putra
Malaysia.
Ibu kepada lima orang anak ini bersuamikan
seorang pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban.
Bagi yang mengenali Wan Salwati secara
lebih dekat, tidak siapa dapat menafikan latar belakang keluarganya yang begitu
dekat dengan pelbagai pertubuhan sukarela membolehkannya bergerak secara aktif
dalam UMNO, Gerakan Belia 4B dan pertubuhan penulis seperti Persatuan Penulis
Negeri Sembilan (PEN).
Bagi masyarakat setempat tentunya masih
ingat juga datuk kepada Wan Salwati, Cikgu Abdul Rahman Lembok (ayah ibunya) juga adalah tokoh belia dan UMNO.
Allahyarham pernah diberi kepercayaan sebagai Pengerusi Tetap UMNO Bahagian
Seremban dan menggerakkan Persatuan Sinaran Muda Ampangan (PSMA) serta MAYC
Negeri Sembilan.
Kesemua adik-beradik Wan Salwati juga
mewarisi bakat kepimpinan dan seni keluarganya. Di samping terlibat dalam
pertubuhan belia, UMNO kesemua adik-beradiknya saban tahun menyertai Sayembara
Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan anjuran PEN, GAPENA & Kerajaan Malaysia dan sering memenangi tempat
teratas.
Bakat sebagai pemidato dan pendebat
terserlah. Oleh kerana itulah dalam Perhimpunan Agung UMNO yang terbaharu Wan Salwati
bukan sekadar mendapat perhatian perwakilan tetapi juga petugas media.
“Ini contoh calon boleh menang yang
diiimpikan Najib,” itu antara kata-kata yang kedengaran di kalangan petugas
media.
Untuk mengenali beliau secara lebih dekat, ikutinya di pradigma-srikandi.blogspot.com
Rabu, 17 April 2013
Ingatan Kepada Calon
* Peristiwa calon bersalam hanya dengan hujung jari dan tanpa melihat muka masih menjadi ingatan kepada pengundi di Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya. Perkara yang mungkin dilihat kecil tapi membawa kesan besar ini, nampaknya terlihat juga oleh TPM kita.
Muhyiddin ingatkan semua calon agar sentiasa merendah diri
KUALA LUMPUR 16 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua calon Barisan Nasional (BN) supaya sentiasa merendah diri apabila bertemu dengan pengundi dan bukannya bersikap menunjuk-nunjuk kekayaan yang ada.Timbalan Perdana Menteri berkata, sikap menunjuk-nunjuk yang dimaksudkan umpamanya bertemu pengundi dengan menaiki kereta mewah seperti Mercedes- Benz, Porsche atau Lamborghini yang jika itu berlaku, calon berkenaan langsung tidak mencerminkan sifat sebagai calon BN sebenar.
Beliau berkata, calon-calon harus sedar bahawa dalam saat kritikal ini segala perilaku, perwatakan, gerak-geri dan percakapan mereka sentiasa dinilai dan diteliti oleh pengundi.
"Saya minta apabila turun menemui pengundi merendah dirilah. Cakaplah dalam bahasa yang baik, bawalah rupa yang lebih manis. Dengar betul-betul apa yang pengundi ucapkan kepada kita.
"Jangan paling muka ke tempat lain. Bila bersalaman dengan pengundi lihatlah mata mereka. Genggam tangan mereka erat-erat. Jangan pandang ke tempat lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pengumuman senarai calon BN yang akan bertanding di 13 Parlimen Wilayah Persekutuan bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Tambah Muhyiddin, pengundi adalah raja dan calon-calon perlu menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya adalah hamba rakyat.
Beliau berkata, kuasa pengundi adalah besar dan di tangan mereka akan menentukan siapa calon yang menang dan parti mana yang berjaya.
"Saya minta sekali lagi kepada semua calon jangan menunjuk-nunjuk. Waktu ini semuanya sensitif. Bila kita keluarkan satu perkataan pun dinilai. Satu langkah kita pun diteliti. Satu perbuatan kita dikaji. Setiap apa yang hendak kita lakukan hendaklah dibuat secara berhati-hati.
"Dalam situasi sebegini pengundi cukup sensitif dan mereka menilai tentang apa yang kita lakukan. Saya beri nasihat tadi ikhlas supaya kita semua lebih peka," katanya.
Jelas Muhyiddin, beliau sendiri pernah menerima nasihat yang serupa ketika mula-mula menceburi bidang politik.
Dalam perkembangan sama, Timbalan Perdana Menteri berkata, setelah segala usaha dibuat, semua calon mesti bertawakal kepada Allah kerana pada akhirnya penentuan akan dibuat oleh Yang Maha Esa.
"Oleh itu pada hari-hari yang mendatang ini bagi yang terpilih dalam kalangan orang Islam bertawakallah. Dalam kitab suci al-Quran ada disebut apabila kita sudah berazam dan bertekad serta berusaha, selepas itu kita bertawakal kepada Allah.
"Kepada calon bukan Islam, bertawakallah mengikut kepercayaan agama masing-masing. Yang menentukan segala-galanya bukan kita, yang menentukan ialah Allah," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130417/px_22/Muhyiddin-ingatkan-semua-calon-agar-sentiasa-merendah-diri#ixzz2QhwTPRNz
© Utusan Melayu (M) Bhd
Selasa, 16 April 2013
Barisan Mantap
BERDASARKAN nama yang tersenarai, ternyata ini adalah barisan terbaik yang diketengahkan oleh Barisan Nasional Negeri Sembilan bagi menghadapi PRU Ke-13.
Di samping mengekalkan tokoh-tokoh berpengalaman seperti Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (Parlimen Jempol), Dato' Hasan Malek (Parlimen Kuala Pilah), Dato' Yeow Chai Tiam (Parlimen Seremban), Dato' Ishak Ismail (Lenggeng), Dato' Lilah Yassin (DUN Palong); Pengerusi BN Negeri, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan ternyata mampu menyaring calon `boleh menang' terbaik kali ini.
![]() |
Tan Sri Mohd Isa Samad |
Paling ketara DUN tiga serangkai, Ampangan, Sikamat dan Paroi bagaikan sudah terlihat berada dalam genggaman BN kembali.
Ini berdasarkan calon-calon baharu yang dipertaruhkan adalah `inilah calon yang kami mahukan.'
Haji Abu Ubaidah Redza (DUN Ampangan) misalnya adalah calon yang `sudah ditunjuk' oleh pengundi pada PRU yang lalu. Begitu juga Wan Salwati Abdullah (DUN Sikamat) bukanlah orang asing di kawasannya. Kedua-duanya lahir dan membesar di kawasan DUN yang diwakili kini.
Senarai penuh calon BN yang diumumkan di kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan pagi tadi adalah seperti berikut:
![]() |
Dato' Ishak Ismail |
P126 Jelebu: Tuan Zainuddin Hj Ismail
N02 Pertang: Jalaluddin Alias
N03 Sungai Lui: Mohd RAzi Mohd Ali
N04 Klawang: Dato Yunus Rahmat
P127 Jempol: Tan Sri Haji Mohd Isa Dato’ Abd Samad
N06 Palong: Dato’ Lillah Hj Yassin
N07 Jeram Padang: Manikan a/l Mechumanan
N08 Bahau: Dr. Yee Mee Fa
P128 Seremban: Dato’ Yeow Chai Thiam
N10 Nila : Gan Chee Biaw
N11 Lobak: Titan Ho Kok Yeaw
N12 Temiang: Lee kee Chong ( Jason Lee)
N13 Sikamat: Wan Salwati Hj Abdullah
N14 Ampangan: Hj Abu Ubaidah Redza
P129 Kuala Pilah: Dato’ Hasan Malek
N16 Seri Menanti: Dato’ Abdul Samad Ibrahim
N17 Senaling: Dato’ Ismail Lasim
N18 Pilah: Dato Norhayati Omar
N19 Johol: Ustaz Mohd Fadzil Kassim
P130 Rasah: Encik Teo Eng Kian
N21 Bukit Kepayang: Wong Oi Foon
N22 Rahang: Julia Wong
N23 Mambau: Datuk Yu Chok Tow
P131 Rembau: Tuan Hj Khairy Jamaluddin Abu Bakar
N25 Paroi: Mohd Ghazali Wahid
N26 Chembong: Dato’ Zaifulbahri Idris
N27 Rantau: Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan
N28 Kota: Dato’ Awaluddin Said
P132 Telok Kemang : Dato VS Mogan
N30 Lukut: Vincent Yeong
N31 Bagan Pinang: Tuan Hj Tun Khairuddin Abu Bakar
N32 Linggi: Abd Rahman Redza
N33 Port Dickson: Dr P. Tanaletchumi
P133 Tampin : Dato Shaziman Abu Mansor
N34 Gemas: Abd Razak Said
N35 Gemencheh: Mohd Hisham Mohd Isa
N36 Repah: Yap Seong Fook
Wan Salwati Haji Abdullah Wakili DUN Sikamat
KETUA Puteri UMNO Bahagian Seremban, Wan Salwati Haji Abdullah diumumkan sebagai calon DUN Sikamat bagi Pilihan Raya Umum Ke-13.
Exco Puteri UMNO Malaysia dan Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan ini memikul tanggungjawab untuk merampas kembali kerusi DUN Sikamat daripada Aminuddin Harun yang mewakili PKR pada pilihan raya lalu.
“Saya tidak akan mensesiakan kepercayaan yang diberikan terhadap saya. Pengalaman sebagai Exco Puteri UMNO Malaysia dan Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan akan dimanfaatkan sepenuhnya,” ujar beliau.
Dalam pilihan raya lalu, calon BN, Datuk Md. Yusop Harmain Shah dikalahkan oleh Aminuddin Harun yang memperolehi 499 undi majoriti.
Exco Puteri UMNO Malaysia dan Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan ini memikul tanggungjawab untuk merampas kembali kerusi DUN Sikamat daripada Aminuddin Harun yang mewakili PKR pada pilihan raya lalu.
“Saya tidak akan mensesiakan kepercayaan yang diberikan terhadap saya. Pengalaman sebagai Exco Puteri UMNO Malaysia dan Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan akan dimanfaatkan sepenuhnya,” ujar beliau.
Dalam pilihan raya lalu, calon BN, Datuk Md. Yusop Harmain Shah dikalahkan oleh Aminuddin Harun yang memperolehi 499 undi majoriti.
N13 SIKAMAT |
Jumlah Pengundi: 15,491 Peratusan Kaum: M: 58% C: 32.7% I: 8.7% L: 0.6% |
1. Aminuddin Harun (PKR) (6,036)
2. Datuk Md. Yusop Harmain Shah (BN) (5,537) |
Majoriti: 499 Jumlah undi: 11,776 Peratus mengundi: 76.02% Undi rosak: 203 |
Penyandang: Datuk Md. Yusop Harmain Shah (BN) (Majoriti: 3,701 undi) |
Sabtu, 30 Mac 2013
Tok Mat Kekal MB
MENTERI Besar Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan akan kekal sebagai Menteri Besar kerana beliau diminta bertanding sekali lagi di DUN Rantau.
"Mat! You di Rantau lagilah. Begitulah kata PM sewaktu kami berjumpa semalam," kata Mohamad pada Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Taman Paroi Jaya lewat petang tadi.
Majlis yang turut meraikan golongan warga emas itu dianjurkan Badan NGO Taman Paroi Jaya dan PDM Paroi Jaya; berlangsung di Padang Bola Jalan Nuri.
Mengenai PRU13 yang dikatakan hampir tiba, Mohamad meminta penduduk setempat terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional kerana parti ini telah terbukti melakukan banyak perkara untuk kesejahteraan rakyat.
"Pilihan raya dah dekat. Tak kena gaya minggu depan bubar parlimen. Jangan pening-pening lagi. Terus beri kepercayaan kepada kami," pintanya.
Sabtu, 23 Mac 2013
Tanyolah Den!
Ceramah Isu-isu Semasa (Tanyolah Den) yang disampaikan oleh Haji Kamarudin Alias, bekas Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan ternyata mendapat reaksi menarik ahli-ahli PDM Paroi Jaya.
Majlis yang berlangsung pada 20 Mac lalu itu adalah antara aktiviti yang dirancang PDM ini bagi mendekatkan penduduk setempat dengan isu-isu semasa.
Antara isu yang diketengahkan oleh Haji Kamarudin ialah strategi untuk mempopularkan Pakatan Rakyat sedangkan pada hakikat sebenar ia memberi peluang kepada DAP untuk menguasai negara.
"Ini strategi licik mereka. Jangan terperangkap kerana silap perhitungan, anak-anak kita pula menjadi peminta sedekah di negaranya sendiri pada suatu hari nanti.
Beliau juga turut mengingatkan orang Melayu supaya mengambil perhatian berat mengenai isu penggunaan kalimah Allah yang disasarkan kepada generasi muda.
"Sekiranya kita alpa, kesannya akan dirasakan oleh anak-anak muda ini ketika dewasa nanti khususnya yang masih berada di Tadika ketika ini," tegasnya.
Majlis yang berlangsung dari jam 8.30 hingga 10.00 malam itu ternyata memberi manfaat kepada ahli jawatabkuasa dan tetamu yang hadir.
Jumaat, 22 Mac 2013
Sedia Menjadi Lemang?
Dalam masa terdekat, kita akan mengetahui siapakah calon yang mewakili kita di DUN Sikamat ini. Buat masa ini pelbagai nama yang disebut tetapi siapa yang benar-benar terpilih hanya diketahui pucuk pimpinan parti. Menteri Besar kita kata, menjadi Wakil Rakyat itu ibarat lemang. Masih inginkah kita menjadi lemang? Ikuti video ini http://www.youtube.com/watch?v=zIB4yCzDOU4
Antan Sama Antan Berlaga...
Hayati kata-kata YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Hasan ini. Adakah kita sama-sama telah melakukannya? Saksikan video ini http://www.youtube.com/watch?v=jQVVO_06WWY
Gerak Mesra Wanita
RUMAH bekas imam Masjid Kariah Paroi Jaya diberi penghormatan sebagai destinasi pertama program Gerak Mesra Wanita PDM Paroi Jaya.
Menurut Dato' Hajah Dermataksiah Abdul Jalil, di rumah inilah beliau dan rakan-rakan belajar mengaji Al-Quran dan mendalami pengetahuan keagamaan.
"Selain menjadi imam di masjid, Allahyarham Haji Mokhtar turut menjadi imam di surau kami iaitu Surau Taman Paroi Jaya Indah," kata Dato' Hajah Dermataksiah.
Kini rumah di No. 456 Jalan Cenderawasih dihuni anaknya, Puan Hajah Siti Esah dan keluarganya.
Majlis bacaan Yaasin dan berzikir yang berlangsung malam tadi (22 Mac) itu dikemudikan oleh Haji Muhamad.
Kira-kira 30 orang jiran dan ahli jawatankuasa PDM Paroi Jaya turut hadir pada majlis yang diketuai Hajah Norizan Mahadi itu.
Menurut Dato' Hajah Dermataksiah Abdul Jalil, di rumah inilah beliau dan rakan-rakan belajar mengaji Al-Quran dan mendalami pengetahuan keagamaan.
"Selain menjadi imam di masjid, Allahyarham Haji Mokhtar turut menjadi imam di surau kami iaitu Surau Taman Paroi Jaya Indah," kata Dato' Hajah Dermataksiah.
Kini rumah di No. 456 Jalan Cenderawasih dihuni anaknya, Puan Hajah Siti Esah dan keluarganya.
Majlis bacaan Yaasin dan berzikir yang berlangsung malam tadi (22 Mac) itu dikemudikan oleh Haji Muhamad.
Kira-kira 30 orang jiran dan ahli jawatankuasa PDM Paroi Jaya turut hadir pada majlis yang diketuai Hajah Norizan Mahadi itu.
Langgan:
Catatan (Atom)