Jumaat, 19 April 2013

Siapa Wan Salwati Haji Abdullah?

Bersama ayah... Haji Abdullah Awang Embun

Wan Salwati  Abdullah lahir pada 19 Mei 1974 di Kampung Jiboi, Ampangan. Beliau merupakan anak sulung daripada empat beradik pasangan penggerak belia dan budaya, Abdullah Awang Embun dan Norhayati Abdul Rahman.
     Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan KGV, beliau kemudiannya ke Sekolah Menengah Agama Ampangan, Sekolah Tunku Ampuan Durah sehingga memperoleh ijazah daripada Universiti Putra Malaysia.
     Ibu kepada lima orang anak ini bersuamikan seorang pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban.
     Bagi yang mengenali Wan Salwati secara lebih dekat, tidak siapa dapat menafikan latar belakang keluarganya yang begitu dekat dengan pelbagai pertubuhan sukarela membolehkannya bergerak secara aktif dalam UMNO, Gerakan Belia 4B dan pertubuhan penulis seperti Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN).
     Bagi masyarakat setempat tentunya masih ingat juga datuk kepada Wan Salwati, Cikgu Abdul Rahman Lembok  (ayah ibunya) juga adalah tokoh belia dan UMNO. Allahyarham pernah diberi kepercayaan sebagai Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Seremban dan menggerakkan Persatuan Sinaran Muda Ampangan (PSMA) serta MAYC Negeri Sembilan.
    Kesemua adik-beradik Wan Salwati juga mewarisi bakat kepimpinan dan seni keluarganya. Di samping terlibat dalam pertubuhan belia, UMNO kesemua adik-beradiknya saban tahun menyertai Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan anjuran PEN, GAPENA & Kerajaan Malaysia dan sering memenangi tempat teratas.
     Bakat sebagai pemidato dan pendebat terserlah. Oleh kerana itulah dalam Perhimpunan Agung UMNO yang terbaharu Wan Salwati bukan sekadar mendapat perhatian perwakilan tetapi juga petugas media.
     “Ini contoh calon boleh menang yang diiimpikan Najib,” itu antara kata-kata yang kedengaran di kalangan petugas media.
      Untuk mengenali beliau secara lebih dekat, ikutinya di pradigma-srikandi.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan