![]() |
Ahmad Ridwan ketika disapa mantan Exco Kerajaan Negeri, Dato' Hajah Dermataksiah Abdul Jalil |
Beliau yang mengaku turut mendengar beberapa tuduhan yang tidak enak didengar mengenai hubungannya sebagai suami-isteri dalam tempoh berkempen ini, Ahmad Ridwan menganggapnya sesuatu yang lumrah dalam dunia politik.
"Biasalah tu," kata pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar ini ketika ditemui di rumah Haji Mohd Ali Hasbullah malam tadi.
Bertuah kerana turut terdedah secara langsung dalam lapangan latihan dan kepemimpinan, dakyah dan umpat-keji adalah sesuatu yang biasa baginya.
"Selain bertugas di IPG, saya juga terbabit dalam program-program Biro Tatanegara (BTN). Malah saya mengenali Wan Salwati di program BTN," kata ayah kepada lima cahayamata ini.
Kehadiran Ahmad Ridwan turut membawa kelebihan kepada Wan Salwati kerana tempat bertugasnya berada di DUN Sikamat.
Bagaimanapun seperti biasa, Wan Salwati tetap berpendirian kehadirannya sebagai calon bukan mewakili dirinya atau keluarga tetapi mewakili hasrat parti yang diwakilinya, Barisan Nasional.
"Saya hanya jambatan penghubung antara tuan-tuan dengan kerajaan. Berilah kepercayaan sepenuh kepada Barisan Nasional," tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan