Jumaat, 19 April 2013

Pelajar cemerlang Paroi Jaya dihargai


Antara pelajar yang menerima komputer riba
Seramai 247 pelajar dari Sekolah Kebangsaaan Taman Paroi Jaya dan Sekolah Menengah Pendeta Za’ba menerima komputer riba pada Majlis Ramah Mesra dan Penghargaan Pelajar-pelajar Cemerlang di Padang Awam Taman Paroi Jaya malam tadi (19 April 2013).
      Komputer itu disumbangkan Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Haji Ishak Ismail sebagai tanda penghargaan kepada pelajar-pelajar yang mencipta pelbagai kecemerlangan.
Penduduk Paroi Jaya dan sekitar memberi sokongan
      “Sebagai anak kampung yang miskin, saya memahami hanya dengan pelajaran seseorang itu boleh mengubah kehidupan. Dalam aspek inilah UMNO membuat sumbangan besar melalui perjuangannya. Biasiswa dan pelbagai kemudahan disediakan kepada yang tidak berkemampuan,” katanya.
      Turut hadir pada majlis itu ialah calon PRU Ke-13 DUN Sikamat, Wan Salwati Haji Abdullah yang turut diminta memperkenalkan dirinya kepada penduduk setempat.
Adam dan Nen
      “Saya bukan orang asing di Taman Paroi Jaya ini. Allahyarham datuk saya, Tuan Haji Abdul Rahman Lembok tinggal di tepi padang ini. Padang tempat saya berdiri sekarang juga adalah tempat saya bermain sewaktu kecil-kecil dahulu,” katanya.
      Majlis yang berakhir pada kira-kira jam 12.00 tengah malam itu turut dihiburkan penyanyi 60-an, J. Sham, Penyampai Radio Malaysia Negeri Sembilan Adam dan Nen.



J. Sham masih bertenaga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan