Sabtu, 30 Mac 2013

Tok Mat Kekal MB





MENTERI Besar Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan akan kekal sebagai Menteri Besar kerana beliau diminta bertanding sekali lagi di DUN Rantau.
     "Mat! You di Rantau lagilah. Begitulah kata PM sewaktu kami berjumpa semalam," kata Mohamad pada Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Taman Paroi Jaya lewat petang tadi.
     Majlis yang turut meraikan golongan warga emas itu dianjurkan Badan NGO Taman Paroi Jaya dan PDM Paroi Jaya; berlangsung di Padang Bola Jalan Nuri.
     Mengenai PRU13 yang dikatakan hampir tiba, Mohamad meminta penduduk setempat terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional kerana parti ini telah terbukti melakukan banyak perkara untuk kesejahteraan rakyat.
     "Pilihan raya dah dekat. Tak kena gaya minggu depan bubar parlimen. Jangan pening-pening lagi. Terus beri kepercayaan kepada kami," pintanya.

Sabtu, 23 Mac 2013

Tanyolah Den!




Ceramah Isu-isu Semasa (Tanyolah Den) yang disampaikan oleh Haji Kamarudin Alias, bekas Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan ternyata mendapat reaksi menarik ahli-ahli PDM Paroi Jaya.
     Majlis yang berlangsung pada 20 Mac lalu itu adalah antara aktiviti yang dirancang PDM ini bagi mendekatkan penduduk setempat dengan isu-isu semasa.
     Antara isu yang diketengahkan oleh Haji Kamarudin ialah strategi untuk mempopularkan Pakatan Rakyat sedangkan pada hakikat sebenar ia memberi peluang kepada DAP untuk menguasai negara.
   "Ini strategi licik mereka. Jangan terperangkap kerana silap perhitungan, anak-anak kita pula menjadi peminta sedekah di negaranya sendiri pada suatu hari nanti.
    Beliau juga turut mengingatkan orang Melayu supaya mengambil perhatian berat mengenai isu penggunaan kalimah Allah yang disasarkan kepada generasi muda.
     "Sekiranya kita alpa, kesannya akan dirasakan oleh anak-anak muda ini ketika dewasa nanti khususnya yang masih berada di Tadika ketika ini," tegasnya.
     Majlis yang berlangsung dari jam 8.30 hingga 10.00 malam itu ternyata memberi manfaat kepada ahli jawatabkuasa dan tetamu yang hadir.

Jumaat, 22 Mac 2013

Sedia Menjadi Lemang?

Dalam masa terdekat, kita akan mengetahui siapakah calon yang mewakili kita di DUN Sikamat ini. Buat masa ini pelbagai nama yang disebut tetapi siapa yang benar-benar terpilih hanya diketahui pucuk pimpinan parti. Menteri Besar kita kata, menjadi Wakil Rakyat itu ibarat lemang. Masih inginkah kita menjadi lemang? Ikuti video ini http://www.youtube.com/watch?v=zIB4yCzDOU4

Antan Sama Antan Berlaga...

Hayati kata-kata YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Hasan ini. Adakah kita sama-sama telah melakukannya? Saksikan video ini http://www.youtube.com/watch?v=jQVVO_06WWY

Gerak Mesra Wanita

RUMAH bekas imam Masjid Kariah Paroi Jaya diberi penghormatan sebagai destinasi pertama program Gerak Mesra Wanita PDM Paroi Jaya.
    Menurut Dato' Hajah Dermataksiah Abdul Jalil, di rumah inilah beliau dan rakan-rakan belajar mengaji Al-Quran dan mendalami pengetahuan keagamaan.
    "Selain menjadi imam di masjid, Allahyarham Haji Mokhtar turut menjadi imam di surau kami iaitu Surau Taman Paroi Jaya Indah," kata Dato' Hajah Dermataksiah.
     Kini rumah di No. 456 Jalan Cenderawasih dihuni anaknya, Puan Hajah Siti Esah dan keluarganya.
     Majlis bacaan Yaasin dan berzikir yang berlangsung malam tadi (22 Mac) itu dikemudikan oleh Haji Muhamad.
     Kira-kira 30 orang jiran dan ahli jawatankuasa PDM Paroi Jaya turut hadir pada majlis yang diketuai Hajah Norizan Mahadi itu.

BN ingatkan jentera jangan sombong


SUBANG: Barisan Nasional (BN) memberi amaran kepada jenteranya supaya jangan bersikap sombong ketika berkempen Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.
Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor Datuk Seri Zin Mohamed berkata, sifat sombong itu hanya akan merugikan parti dan BN untuk meraih semula sokongan rakyat negeri itu.
“Kesombongan itu mesti dihapuskan. Letakkan kepentingan rakyat berbanding parti,” katanya dalam lawatan kerja ke Parlimen Subang di Bangunan Umno Subang di sini petang tadi.
Zin turut menyampaikan jaminan berbunyi empat rangkap pantun dihadapan kira-kira 100 ahli jentera BN supaya jangan lagi sombong;
‘Jangan sombong Jangan sombong
Kalau sombong tak dapat undi
Jangan sombong Jangan sombong
Kalau sombong kalah lagi’

“Kita kena berpimpin tangan berganding bahu.
“Kalau bercakap apa yang kita dapat secara individu, itu perangai lama Umno,” katanya.
Beliau berkata, pengajaran semasa PRU12 pada tahun 2008 memberi iktibar jelas kepada BN supaya jangan menimbulkan sebarang masalah ketika PRU semakin hampir.
Hal itu termasuk isu masalah dalam parti yang perlu diselesaikan segera.
“Minta bantuan saat akhir tolong jangan buat silap. Kita khuatir saat akhir begini…kita letih nak selesaikan masalah dalaman kita,” katanya. (cerita lanjut di sini).

Selasa, 19 Mac 2013

Pelaksanaan Tindakan



MESYUARAT Jentera Pilihan Raya UMNO Cawangan Paroi Jaya Indah yang berlangsung malam tadi (19 Mac 2013) di Pusat Daerah Mengundi Paroi Jaya telah memperincikan pelaksanaan tindakan yang perlu dilakukan sesegera mungkin.
     Mesyuarat sepakat untuk memaksimumkan gandingan tenaga yang ada untuk mendekati pengundi yang berada di Taman Paroi Jaya, Taman Pinggiran Golf, Taman PJ Perdana dan kawasan sekitarnya.
     Pasukan Jaringan Rakyat (JR) yang diketuai bekas ADUN Ampangan, Dato' Hajah Dermataksiah Abdul Jalil akan menggerakkan kira-kira 100 ahli pasukannya untuk menemui pengundi di rumah.
     "Adalah diharapkan, penduduk di sini memberi kerjasama sewaktu kami datang untuk memberi penjelasan dan untuk mendapatkan maklum balas," katanya.
     Di samping itu beberapa program sudah dirangka untuk mendekatkan parti dengan pelbagai lapisan masyarakat yang ada.
     Antaranya ceramah isu-isu semasa, perkhemahan untuk golongan belia, bengkel mengendalikan media baharu, kutipan Tabung Lahad Datu dan pelbagai lagi.