Jumaat, 19 April 2013

Senarai Penuh Calon PRU 13 - Negeri Sembilan

P.126 Jelebu 
Haji Zainudin Bin Ismail (BN)
Aiman Athirah Al-Jundi (PAS)

DUN : N.01 - Chennah
Siow Foo Weng (BN)
Loke Siew Fook (DAP)

DUN : N.02 - Pertang
Dato' Hj Jallaluddin Bin Alias (BN)
Muhammad Syamwill B Mertadza (PKR)

DUN : N.03 - Sungai Lui
Mohd Razi Bin Mohd Ali (BN)
Nor Anif Selamat (PAS)

DUN : N.04 - Klawang
Dato' Mohd Yunus Bin Rahmat (BN)
Dr.Rosli Yaakop (PAS)

P.127 Jempol 
Dato'Seri Utama Tan Sri Hj Mohd Isa bin Dato' Hj Abd Samad (BN)
Wan Aishah Wan Ariffin (PAS)

DUN : N.05 - Serting
Dato' Shamsulkahar bin Mohd Deli (BN)
Abdul Rahman Ramli (PAS)

DUN : N.06 - Palong
Dato'Hj Lilah Hj Mohd Yassin (BN)
Rebin Bin Birham (PKR)

DUN : N.07 - Jeram Padang
Manickam A/L Letchumanan (BN)
T Kumar A/L Thuraisingam (PKR)
Zailani Zakaria (BEBAS)
Mazavan (BEBAS)

DUN : N.08 - Bahau
Yee Mee Faa (BN)
Chew Seh Yong (DAP)

P.128 Seremban
Dato' Dr Yeow Chai Thiam (BN)
Loke Siew Fook (DAP)
John Fernandez (BEBAS)
Abd Halim Abdullah (BERJASA)
Ujang Bin Abu (BEBAS)

DUN : N.09 - Lenggeng
Dato' Hj Ishak Bin Ismail (BN)
Zulkefly Bin Mohd Omar (PAS)
Zulkifli Bin Abdullah (BEBAS)

DUN : N.10 - Nilai
Gan Chee Biow (BN)
Arul Kumar (DAP)
S.Rajasheger (BEBAS)
Kapten (B) Ahmad Kamarulzaman Bin Abu (BEBAS)

DUN : N.11 - Lobak
Titan Ho Kok Yew (BN)
Siow Kim Leong (DAP)

DUN : N.12 - Temiang
Jason Lee Chee Keong (BN)
Ng Chin Tsai (DAP)

DUN : N.13 - Sikamat
Wan Salwati Binti Hj Abdullah (BN)
Hj Aminuddin Bin Harun (PKR)

DUN : N.14 - Ampangan
Hj Abu Ubaidah Bin Dato' Hj Mohd Redza (BN)
Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (PKR)

P.129 Kuala Pilah 
Dato'Haji Hassan bin Malek (BN)
Mohd Nazree Bin Mohd Yunus (PKR)

DUN : N.15 - Juasseh
Dato' Hj Mohd Razi Bin Hj Kail (BN)
Hj.Rosli bin Hj Omar (PKR)

DUN : N.16 - Seri Menanti
Dato' Hj Abd Samad bin Ibrahim (BN)
Tengku Zamrah Bt Tengku Sulaiman (PKR)
Md.Ali bin Mustafa (BEBAS)

DUN : N.17 - Senaling
Dato' Hj. Ismail Bin Lasim (BN)
Zaharudin Othman (PAS)

DUN : N.18 - Pilah
Dato'Norhayati Binti Omar (BN)
Mohamad Nazaruddin Bin Sabtu (PKR)

DUN : N.19 - Johol
Abu Samah Mahat (BN)
Ustaz Norazman Mohamad (PAS)

P.130 Rasah
Teo Eng Kian (BN)
Teo Kok Seong (DAP)

DUN : N.20 - Labu
Dato' Hj Hasim Bin Rusdi (BN)
Mohd Khairil Anuar Bin Mohd Wafa (PAS)

DUN : N.21 - Bukit Kepayang
Wong Oii Song (BN)
Cha Kee Chin (DAP)
Vijyyan A/L Sivanathan (BEBAS)

DUN : N.22 - Rahang
Julia Wong Pik Min (BN)
Mary Josephine Pritam Singh (DAP)

DUN : N.23 - Mambau
Dato' Yew Chok Tau (BN)
Yap Yew Wei (DAP)

DUN : N.24 - Senawang
David Choong Wee Hing (BN)
Gunasekaran A/L Palasamy (DAP)
Kartigesan A/L Samugan (BEBAS)

P.131 Rembau 
Khairy Jamaludin (BN)
Radzali Bin A.Ghani ( PKR)
Abdul Aziz Bin Hassan (BEBAS)

DUN : N.25 - Paroi
Mohd Ghazali Bin Abd Wahid (BN)
Mohamad Taufek Bin Abd Ghani (PAS)

DUN : N.26 - Chembong
Dato' Zaifulbahri Bin Idris (BN)
Kamarol Ridzuan Mohd ZAin (PAS)

DUN : N.27 - Rantau
Dato'Seri Utama Hj Mohamad Hj Hassan (BN)
Aisah bt Lamsah (PKR)

DUN : N.28 - Kota
Dato' Dr. Awaludin Bin Said (BN)
Ghazali Mohd Shom (PAS)

P.132 Telok Kemang
Dato' VS Mogan A/L Velayaphan (BN)
Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (PKR)
Dato' A.K. Kumaravel (BEBAS)

DUN : N.29 - Chuah
Dato' Seri Dr Lim Chin FUi (BN)
Chai Tong Chai (PKR)

DUN : N.30 - Lukut
Yeong Seng Wong (BN)
Ean Yong Tin Sin (DAP)

DUN : N.31 - Bagan Pinang
Tun Hairudin Abu Bakar (BN)
Ramli Bin Ismail (PAS)

DUN : N.32 - Linggi
Hj Abdul Rahman Bin Mohd Redza (BN)
Rosman Bin Jonet (PKR)

DUN : N.33 - Port Dickson
Dr. Panaletchumy A/P Palanisamy (BN)
Daniel A/L Saimon (BEBAS)
Ravi A/L Munusamy (PKR)

P.133 Tampin 
Dato' Seri Haji Shaziman Bin Haji Abu Mansor (BN)
Abd Razakek Bin Abdul Rahman (PAS)

DUN : N.34 - Gemas
Abdul Razak Bin Abdul Said (BN)
Karip Bin Mohd Salleh (PKR)

DUN : N.35 - Gemencheh
Mohd Isam Bin Mohd Isa (BN)
Mohd Nor Bin Yassin (PAS)

DUN : N.36 - Repah
Yap Seong Fook (BN)
S.Veerapan A/L Supermaniam (DAP)
Fadzil Bin Abu Bakar (BEBAS)

Wan Salwati: Sejak kecil terbabit dengan aktiviti sukarela

Sewaktu turut hadir ke majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Penghargaan Pelajar Cemerlang di padang awam Taman Paroi Jaya malam tadi, calon DUN Sikamat, Wan Salwati Haji Abdullah sempat berbual mesra dengan bekas Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Haji Abdul Aziz Osman.
     Haji Abdul Aziz yang juga salah seorang ahli jawatankuasa PDM Paroi Jaya sempat pula mengingatkan kisah lalunya. "Wan ni sejak zaman kanak-kanak lagi sering terlibat dengan program-program  jabatan. Selain acara kesenian, bapanya Abdullah Awang Embun sering juga membawanya sewaktu terlibat dengan kegiatan kami,' katanya.

Pelajar cemerlang Paroi Jaya dihargai


Antara pelajar yang menerima komputer riba
Seramai 247 pelajar dari Sekolah Kebangsaaan Taman Paroi Jaya dan Sekolah Menengah Pendeta Za’ba menerima komputer riba pada Majlis Ramah Mesra dan Penghargaan Pelajar-pelajar Cemerlang di Padang Awam Taman Paroi Jaya malam tadi (19 April 2013).
      Komputer itu disumbangkan Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Haji Ishak Ismail sebagai tanda penghargaan kepada pelajar-pelajar yang mencipta pelbagai kecemerlangan.
Penduduk Paroi Jaya dan sekitar memberi sokongan
      “Sebagai anak kampung yang miskin, saya memahami hanya dengan pelajaran seseorang itu boleh mengubah kehidupan. Dalam aspek inilah UMNO membuat sumbangan besar melalui perjuangannya. Biasiswa dan pelbagai kemudahan disediakan kepada yang tidak berkemampuan,” katanya.
      Turut hadir pada majlis itu ialah calon PRU Ke-13 DUN Sikamat, Wan Salwati Haji Abdullah yang turut diminta memperkenalkan dirinya kepada penduduk setempat.
Adam dan Nen
      “Saya bukan orang asing di Taman Paroi Jaya ini. Allahyarham datuk saya, Tuan Haji Abdul Rahman Lembok tinggal di tepi padang ini. Padang tempat saya berdiri sekarang juga adalah tempat saya bermain sewaktu kecil-kecil dahulu,” katanya.
      Majlis yang berakhir pada kira-kira jam 12.00 tengah malam itu turut dihiburkan penyanyi 60-an, J. Sham, Penyampai Radio Malaysia Negeri Sembilan Adam dan Nen.



J. Sham masih bertenaga

Siapa Wan Salwati Haji Abdullah?

Bersama ayah... Haji Abdullah Awang Embun

Wan Salwati  Abdullah lahir pada 19 Mei 1974 di Kampung Jiboi, Ampangan. Beliau merupakan anak sulung daripada empat beradik pasangan penggerak belia dan budaya, Abdullah Awang Embun dan Norhayati Abdul Rahman.
     Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan KGV, beliau kemudiannya ke Sekolah Menengah Agama Ampangan, Sekolah Tunku Ampuan Durah sehingga memperoleh ijazah daripada Universiti Putra Malaysia.
     Ibu kepada lima orang anak ini bersuamikan seorang pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban.
     Bagi yang mengenali Wan Salwati secara lebih dekat, tidak siapa dapat menafikan latar belakang keluarganya yang begitu dekat dengan pelbagai pertubuhan sukarela membolehkannya bergerak secara aktif dalam UMNO, Gerakan Belia 4B dan pertubuhan penulis seperti Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN).
     Bagi masyarakat setempat tentunya masih ingat juga datuk kepada Wan Salwati, Cikgu Abdul Rahman Lembok  (ayah ibunya) juga adalah tokoh belia dan UMNO. Allahyarham pernah diberi kepercayaan sebagai Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Seremban dan menggerakkan Persatuan Sinaran Muda Ampangan (PSMA) serta MAYC Negeri Sembilan.
    Kesemua adik-beradik Wan Salwati juga mewarisi bakat kepimpinan dan seni keluarganya. Di samping terlibat dalam pertubuhan belia, UMNO kesemua adik-beradiknya saban tahun menyertai Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan anjuran PEN, GAPENA & Kerajaan Malaysia dan sering memenangi tempat teratas.
     Bakat sebagai pemidato dan pendebat terserlah. Oleh kerana itulah dalam Perhimpunan Agung UMNO yang terbaharu Wan Salwati bukan sekadar mendapat perhatian perwakilan tetapi juga petugas media.
     “Ini contoh calon boleh menang yang diiimpikan Najib,” itu antara kata-kata yang kedengaran di kalangan petugas media.
      Untuk mengenali beliau secara lebih dekat, ikutinya di pradigma-srikandi.blogspot.com

Rabu, 17 April 2013

Ingatan Kepada Calon


* Peristiwa calon bersalam hanya dengan hujung jari dan tanpa melihat muka masih menjadi ingatan kepada pengundi di Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya. Perkara yang mungkin dilihat kecil tapi membawa kesan besar ini, nampaknya terlihat juga oleh TPM kita.


Muhyiddin ingatkan semua calon agar sentiasa merendah diri

KUALA LUMPUR 16 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua calon Barisan Nasional (BN) supaya sentiasa merendah diri apabila bertemu dengan pengundi dan bukannya bersikap menunjuk-nunjuk kekayaan yang ada.
Timbalan Perdana Menteri berkata, sikap menunjuk-nunjuk yang dimaksudkan umpamanya bertemu pengundi dengan menaiki kereta mewah seperti Mercedes- Benz, Porsche atau Lamborghini yang jika itu berlaku, calon berkenaan langsung tidak mencerminkan sifat sebagai calon BN sebenar.
Beliau berkata, calon-calon harus sedar bahawa dalam saat kritikal ini segala perilaku, perwatakan, gerak-geri dan percakapan mereka sentiasa dinilai dan diteliti oleh pengundi.
"Saya minta apabila turun menemui pengundi merendah dirilah. Cakaplah dalam bahasa yang baik, bawalah rupa yang lebih manis. Dengar betul-betul apa yang pengundi ucapkan kepada kita.
"Jangan paling muka ke tempat lain. Bila bersalaman dengan pengundi lihatlah mata mereka. Genggam tangan mereka erat-erat. Jangan pandang ke tempat lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pengumuman senarai calon BN yang akan bertanding di 13 Parlimen Wilayah Persekutuan bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Tambah Muhyiddin, pengundi adalah raja dan calon-calon perlu menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya adalah hamba rakyat.
Beliau berkata, kuasa pengundi adalah besar dan di tangan mereka akan menentukan siapa calon yang menang dan parti mana yang berjaya.
"Saya minta sekali lagi kepada semua calon jangan menunjuk-nunjuk. Waktu ini semuanya sensitif. Bila kita keluarkan satu perkataan pun dinilai. Satu langkah kita pun diteliti. Satu perbuatan kita dikaji. Setiap apa yang hendak kita lakukan hendaklah dibuat secara berhati-hati.
"Dalam situasi sebegini pengundi cukup sensitif dan mereka menilai tentang apa yang kita lakukan. Saya beri nasihat tadi ikhlas supaya kita semua lebih peka," katanya.
Jelas Muhyiddin, beliau sendiri pernah menerima nasihat yang serupa ketika mula-mula menceburi bidang politik.
Dalam perkembangan sama, Timbalan Perdana Menteri berkata, setelah segala usaha dibuat, semua calon mesti bertawakal kepada Allah kerana pada akhirnya penentuan akan dibuat oleh Yang Maha Esa.
"Oleh itu pada hari-hari yang mendatang ini bagi yang terpilih dalam kalangan orang Islam bertawakallah. Dalam kitab suci al-Quran ada disebut apabila kita sudah berazam dan bertekad serta berusaha, selepas itu kita bertawakal kepada Allah.
"Kepada calon bukan Islam, bertawakallah mengikut kepercayaan agama masing-masing. Yang menentukan segala-galanya bukan kita, yang menentukan ialah Allah," katanya.

Selasa, 16 April 2013

Barisan Mantap




BERDASARKAN nama yang tersenarai, ternyata ini adalah barisan terbaik yang diketengahkan oleh Barisan Nasional Negeri Sembilan bagi menghadapi PRU Ke-13.
     Di samping mengekalkan tokoh-tokoh berpengalaman seperti Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (Parlimen Jempol), Dato' Hasan Malek (Parlimen Kuala Pilah), Dato' Yeow Chai Tiam (Parlimen Seremban), Dato' Ishak Ismail (Lenggeng), Dato' Lilah Yassin (DUN Palong); Pengerusi BN Negeri,  Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan ternyata mampu menyaring calon `boleh menang' terbaik kali ini.     

Tan Sri Mohd Isa Samad
Dengan menggabungkan pengalaman mereka dengan tenaga muda yang diberi kepercayaan untuk merampas kembali kerusi yang sempat `dicuri' pembangkang pada PRU Ke-12 yang lalu, bukanlah sukar rasanya untuk mengambilnya kembali.
     Paling ketara DUN tiga serangkai, Ampangan, Sikamat dan Paroi bagaikan sudah terlihat berada dalam genggaman BN kembali.
     Ini berdasarkan calon-calon baharu yang dipertaruhkan adalah `inilah calon yang kami mahukan.'
     Haji Abu Ubaidah Redza (DUN Ampangan) misalnya adalah calon yang `sudah ditunjuk' oleh pengundi pada PRU yang lalu. Begitu juga Wan Salwati Abdullah (DUN Sikamat) bukanlah orang asing di kawasannya.  Kedua-duanya lahir dan membesar di kawasan DUN yang diwakili kini.
   Senarai penuh calon BN yang diumumkan di kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan pagi tadi adalah seperti berikut:
Dato' Ishak Ismail

P126 Jelebu: Tuan Zainuddin Hj Ismail
N01 Chennah: Siow Foo Wen
N02 Pertang: Jalaluddin Alias
N03 Sungai Lui: Mohd RAzi Mohd Ali
N04 Klawang: Dato Yunus Rahmat

P127 Jempol: Tan Sri Haji Mohd Isa Dato’ Abd Samad
N05 Serting: Dato’ Shamsulkaha Mohd Deli
N06 Palong: Dato’ Lillah Hj Yassin
N07 Jeram Padang: Manikan a/l Mechumanan
N08 Bahau: Dr. Yee Mee Fa

P128 Seremban: Dato’ Yeow Chai Thiam
N09 Lenggeng: Dato’ Ishak Ismail
N10 Nila : Gan Chee Biaw
N11 Lobak: Titan Ho Kok Yeaw
N12 Temiang: Lee kee Chong ( Jason Lee)
N13 Sikamat: Wan Salwati Hj Abdullah
N14 Ampangan: Hj Abu Ubaidah Redza

P129 Kuala Pilah: Dato’ Hasan Malek
N15 Juasseh: Dato’ Mohamad Razi Hj Kail
N16 Seri Menanti: Dato’ Abdul Samad Ibrahim
N17 Senaling: Dato’ Ismail Lasim
N18 Pilah: Dato Norhayati Omar
N19 Johol: Ustaz Mohd Fadzil Kassim

P130 Rasah: Encik Teo Eng Kian
N20 Labu: Dato’ Hasim Rusdi
N21 Bukit Kepayang: Wong Oi Foon
N22 Rahang: Julia Wong
N23 Mambau: Datuk Yu Chok Tow

P131 Rembau: Tuan Hj Khairy Jamaluddin Abu Bakar
N24 Senawang: Choong Vee Hing
N25 Paroi: Mohd Ghazali Wahid
N26 Chembong: Dato’ Zaifulbahri Idris
N27 Rantau: Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan
N28 Kota: Dato’ Awaluddin Said

P132 Telok Kemang : Dato VS Mogan
N29 Chuah: Dato’ Seri Dr. Lim Chin Fui
N30 Lukut: Vincent Yeong
N31 Bagan Pinang: Tuan Hj Tun Khairuddin Abu Bakar
N32 Linggi: Abd Rahman Redza
N33 Port Dickson: Dr P. Tanaletchumi

P133 Tampin : Dato Shaziman Abu Mansor
N34 Gemas: Abd Razak Said
N35 Gemencheh: Mohd Hisham Mohd Isa
N36 Repah: Yap Seong Fook

Wan Salwati Haji Abdullah Wakili DUN Sikamat

KETUA Puteri UMNO Bahagian Seremban, Wan Salwati Haji Abdullah diumumkan sebagai calon DUN Sikamat bagi Pilihan Raya Umum Ke-13.
     Exco Puteri UMNO Malaysia dan Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan ini memikul tanggungjawab untuk merampas kembali kerusi DUN Sikamat daripada Aminuddin Harun yang mewakili PKR pada pilihan raya lalu.
  “Saya tidak akan mensesiakan kepercayaan yang diberikan terhadap saya. Pengalaman sebagai Exco Puteri UMNO Malaysia dan Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan akan dimanfaatkan sepenuhnya,” ujar beliau.
    Dalam pilihan raya lalu, calon BN, Datuk Md. Yusop Harmain Shah dikalahkan oleh Aminuddin Harun yang memperolehi 499 undi majoriti.

N13 SIKAMAT
Jumlah Pengundi: 15,491
Peratusan Kaum: M: 58% C: 32.7% I: 8.7% L: 0.6%
1. Aminuddin Harun (PKR) (6,036)
2. Datuk Md. Yusop Harmain Shah (BN) (5,537)
Majoriti: 499
Jumlah undi: 11,776
Peratus mengundi: 76.02%
Undi rosak: 203
Penyandang: Datuk Md. Yusop Harmain Shah (BN)
(Majoriti: 3,701 undi)