ALHAMDULILLAH! Pusat Daerah Mengundi (PDM) Paroi Jaya telah mula digerakkan sebaik-baik mendapat lampu hijau daripada Ibu Pejabat Parti. Beroperasi di No. 469, Lorong Cenderawasih 1, Taman Paroi Jaya (berhampiran surau Taman Paroi Jaya Indah) ahli UMNO Cawangan Paroi Jaya Indah dan Cawangan Taman Paroi Jaya berganding tenaga bagi memastikan kerusi DUN Sikamat (N13) dan Parlimen Seremban (P128) dapat dirampas kembali pada Pilihanraya Umum (PRU) Ke-13 nanti.
Dengan amanah yang diberikan oleh UMNO Bahagian Seremban bagi mengetuai PDM ini, saya yakin dengan kerjasama padu yang diberikan oleh ahli kedua-dua cawangan ini berserta sokongan erat penduduk setempat, saya optimis matlamat yang dihasratkan akan menjadi kenyataan.
Saya mengalu-ngalukan penduduk yang tinggal di kawasan PDM yang meliputi Taman Paroi Jaya, Taman Pinggiran Golf, Taman PJ Perdana dan Klinik Ampangan ini untuk singgah di Bilik Gerakan PDM untuk mendapat maklumat semasa atau ingin menyumbang tenaga.
Melalui blog ini, kami akan memaparkan maklumat yang dapat membantu pengundi untuk membuat keputusan bijak sebelum membuang undi nanti.
Selamat Mengundi! Pastinya Barisan Nasional sudah lama di hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan